Pada 9 Mei 2017 telah dijalankan Kelas Intel Basic bersama pengurus dan staf Perpustakaan Desa sekitar Larut Matang dan Selama. Kelas yang berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga jam 3.00 petang berjalan dengan jayanya. Kelas sebegini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak Perpustakaan Desa mengenai kepentingan mengetahui ilmu asas komputer

 

Seramai 5orang staf Perpustakaan Desa dan seorang pengurus terlibat dalam kelas intel kalini. Ilmu asas menggunakan komputer amat berguna untuk mereka dalam menjalankan kerja-kerja seharian. Di harap pendedahan yang diberikan membantu sedikit sebanyak untuk para petugas menjalankan kewajipan mereka sebagai petugas Perpustakaan Desa.

 

Diharap para petugas mengaplikasikan ilmu yang diberikan dengan sebaiknya.

 

 

 

Pada 18 Februari 2017, telah dijalankan Program Literasi ICT bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Batu Kurau. Tujuan program sebegini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar pekan Batu Kurau mengenai teknologi ICT yang kian rancak membangun di dalam negara.

Alhamdulillah, Program Literasi ICT yang diadakan mendapat sokongan penduduk sekitar Pekan Batu Kurau. Walaupun program ini hanya berjalan selama 1 hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang, namun kesemua aktiviti yang dirancang mampu dilaksanankan dengan penglibatan semua penduduk sekitar pekan Batu Kurau.

Antara aktiviti yang dijalankan pada sesi pagi adalah Skrip ke Skrin, Klik Dengan Bijak (KDB), E-Waste, Pengenalan hardware dan software seta Basic Microsoft Office. Aktiviti ini lebih mensasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang perlu mengetahui mengenai selok belok dunia ICT.

Manakala sesi petang, aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan dashboard komuniti dan apps installation. Aktiviti ini mengfokuskan golongan dewasa bagi memberi pendedahan mengenai dashboard yang sedang digunakan di semua Pusat Internet 1Malaysia di bawah syarikat MSD Digital Intelligence.

Secara keseluruhannya, Program Literasi ICT ini berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. Program ini tamat pada jam 5 petang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 11 Oktober 2016, telah berlangsung Program Sehari Bersama Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batu Kurau bersama Pusat Internet 1Malaysia Pekan Batu Kurau. Program ini dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia. Seramai 10 orang pelajar dan dua guru pengiring dari PDK Batu Kurau menyertai program ini.

Objektif utama program berkenaan, adalah sebagai satu langkah pendedahan kepada pelajar berkenaan mengenai dunia ICT. Program yang bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar khususnya. Pelajar dari PDK Batu Kurau ini mempunyai kekurangan dari segi fizikal, penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Walaupun kekurangan dari pelbagai segi, namun mereka tetap berjaya menghabiskan Kursus Asas Komputer yang dijalankan dengan penuh bersemangat.

Melalui program yang dijalankan ini, secara tidak langsung dapat membantu golongan seperti ini untuk turut serta celik mengenail ilmu teknologi yang semakin penting pada zaman kini. Alhamdulillah, pendedahan yang tidak seberapa dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Pekan Batu Kurau sangat membantu mereka untuk "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan masyarakat di luar sana.

 

 

 

 

 

 

 

Seiring dengan perkembangan zaman teknologi yang kian mencabar, setiap orang perlu mempunyai ilmu untuk menguasai dunia internet. Kini, dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia, ramai penduduk kampung di sekitar Pekan Batu Kurau mampu menguasai ilmu tanpa sempadan ini disamping memudahkan pekerjaan mereka.

Kali ini, remaja yang berusia 13 tahun memanfaatkan kemudahan internet yang disediakan untuk menimba ilmu. Remaja 13 tahun, Muhammad Nor Hafizan menjadi ahli Pusat Internet Pekan Batu Kurau pada 6 Ogos 2016. Sepanjang menjadi ahli, Hafizan merupakan salah seorang ahli yang aktif datang ke PI1M Pekan Batu Kurau untuk menggunakan kemudahan internet yang ditawarkan.

Alhamdulillah, dengan kewujudan PI1M Pekan Batu Kurau mampu melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang celik IT tanpa ketinggalan walaupun tinggal di kawasan luar bandar. Semoga PI1M Pekan Batu Kurau dapat diteruskan supaya lebih ramai anak muda mampu menggunakan kemudahan ini

 

 

 

Pada 5 Oktober 2016, telah berlangsung Program Sehari Bersama Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pantai Besar bersama Pusat Internet 1Malaysia Pekan Batu Kurau. Program ini dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia. Seramai 7 orang pelajar dan tiga guru pengiring dari PDK Pantai Besar menyertai program ini.

Objektif utama program berkenaan, adalah sebagai satu langkah pendedahan kepada pelajar berkenaan mengenai dunia ICT. Program yang bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar khususnya. Pelajar dari PDK Pantai Besar ini mempunyai kekurangan dari segi fizikal, penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Walaupun kekurangan dari pelbagai segi, namun mereka tetap berjaya menghabiskan Kursus Asas Komputer yang dijalankan dengan penuh bersemangat.

Melalui program yang dijalankan ini, secara tidak langsung dapat membantu golongan seperti ini untuk turut serta celik mengenail ilmu teknologi yang semakin penting pada zaman kini. Alhamdulillah, pendedahan yang tidak seberapa dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Pekan Batu Kurau sangat membantu mereka untuk "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan masyarakat di luar sana.