BANDAR SATELIT BATU KURAU

 

Dahulunya ramai orang menganggap Batu Kurau adalah satu daerah pendalaman yang mundur dengan pembangunan. Batu Kurau juga pernah digelar sebagai Pekan Koboi satu ketika dahulu. Bandar satelit adalah bermaksud bandar yang bergantung pada industri tempatan, tetapi ada kaitan ekonomi dan struktur jaringan perhubungan dan pentadbiran dengan sesebuah bandar raya yang berhampiran. Bandar satelit biasanya dianggap menyokong bandar yang berhampiran itu secara timbal balik atau saling menyokong sesama sendiri. 

Bandar Satelit Batu Kurau (BSBK) adalah satu resolusi hasil daripada kajian yang dijalankan terhadap keperluan pembangunan bandar, peluang ekonomi dan gunatanah yang lebih bernilai. Ia merupakan hadiah daripada Kerajaan Negeri Perak kepada penduduk Batu Kurau yang memerlukan bandar baru yang lebih teratur, sistematik dan lebih menyeluruh. BSBK akan bergerak seiring dengan Pekan Batu Kurau yang sedia ada dalam memberi peluang dan menjana ekonomi usahawan-usahawan tempatan di samping memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan Batu Kurau. 

BSBK akan didirikan sebagai pembangunan bercampur yang di dalamnya mengandungi banyak kemudahan. Antaranya ialah rumah kedai, perumahan mampu milik, kemudahan awam, blok industri kecil dan sederhana, pejabat-pejabat agensi kerajaan, pasaraya, ruang rekreasi, dan sebagainya lagi. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) adalah agensi negeri yang dilantik menjadi urusetia projek besar ini. Pada masa ini PKNP sedang mengusahakan proses pengambilan tanah dan projek BSBK dijangka dapat dimulakan sebaik proses pengambilan tanah tapak projek kira-kira 119 ekar selesai. 

Bersebelahan di barat tapak BSBK disediakan sebuah tapak yang luasnya kira-kira 113 ekar untuk dibangunkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT). IPT ini kelak bukan sahaja dapat memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi dari Batu Kurau untuk belajar di sini tetapi juga terbuka kepada seluruh Malaysia. Beberapa pihak telah menyatakan minat dan telah melawat tapak yang disediakan. Projek BSBK ini dijangka akan menjana dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi Batu Kurau pada keseluruhannya. 

 

24/8/2015

TAHUN BULAN

JUMLAH AHLI

BULANAN

  JUMLAH

KESELURUHAN

2016 Januari 18 142
Februari 20 163
Mac 18 181
April 31 223
Mei  6  229
Jun 10 239
Julai 10 249
Ogos 18 267
September 20 287
Oktober  35 322
November 18 322
Disember 17 339
2017 Januari 15 354
Februari 21 378
Mac 18 396
April 16 412