Nama Hamid Bin Jani
Umur : 80 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Hamid yang telah dilahirkan pada 10 Ogos 1938 dan kini berusia 80 tahun telah menjalankan perniagaan pembuatan golok dan sarong hampir 20 tahun. Beliau  menjalankan pembuatan sarong berkenaan berdekatan rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT, pakcik Hamid hanya menerima tempahan daripada kawan-kawan beliau sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penggunakan ICT, pak cik Hamid boleh memasarkan dan menerima tempahan sarong golok dengan lebih meluas. 

HAMID

 HAMID2

HAMID3

USAHAWAN ROTI, KEK DAN PASTRY

Nama Nuraziah Binti Mohamad
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Nuraziah menjalankan perniagaan pembuatan kek, cookies, roti, pastry  dan menerima tempahan untuk pelbagai majlis. Beliau turut membuat biskut raya menjelang lebaran. Bermula pada tahun 2012, Puan Nuraziah telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumahnya. Kini beliau telah mempunya kedai yang diberi nama Azie’s Delight Bakery yang terletak di tepi jalan besar Batu Kurau yang berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Kurau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT, beliau hanya dapat memasarkan di dalam kawasan Batu Kurau dan produknya hanya terhad kepada beberapa tempatan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunakan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang. Beliau mampu memasarkan produk beliau dengan menggunakan Facebook Page dan menerima order melalui aplikasi whatsapp. Selain itu, beliau juga mempunyai agen biskut raya apabila tibanya musim perayaan.

 23622079 1337642393031868 3622280546270065933 n

Choc-moist-1kg

Dayang-senandung


 

USAHAWAN (PENGINAPAN DAN REAKREASI)

Nama Rospawati binti Abdul Hamid
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Rospawati menjalankan perniagaan Sempeneh River Front Chalet yang merupakan projek pelancongan Kampung Sempeneh di bawah Kelulusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Bermula pada 18 Julai 2015, Chalet Sempeneh River Front ini menyediakan 12 buah bilik ekonomi dan 2 bilik VIP. Dengan modal permulaan sebanyak RM20,000.00 Puan Rospawati telah mampu menaikkan industri pelancongan chalet beliau hingga dikenali oleh pelancong luar dari Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan kemudahan ICT, beliau hanya dapat mempromosikan perniagaan chalet beliau di sekitar Batu Kurau dan Taiping melalui edaran flyers kepada penduduk-penduduk di sini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunakan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang. Beliau mampu mempromosikan perniagaan chalet melalui pemasaran secara online seperti “Facebook Page” dan blogspotnya yang menggunakan nama Sempeneh River Front Chalet.

 

SR5

SR7

SR4

Sumber Gambar: Facebook Sempeneh River Front


 

KELAS PEMBELAJARAN DAN ICT (MASALAH PEMBELAJARAN SEDERHANA)

Nama Muhd Ridzuan B. Ibrahim
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak. Beliau sedang mengikuti kelas pemulihan kerana masalah pembelajaran yang sederhana.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui mengenai kewujudan PI, Ridzuwan tidak pandai untuk menggunakan Microsoft Office dengan cekap. Kekangan wang membataskan diri beliau untuk belajar dengan lebih mendalam di dalam penggunaan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui kewujudan PI, beliau terus mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Batu Kurau pada 21 Ogos 2017. Di Pusat Internet Batu Kurau beliau diajar untuk menggunakan Microsoft Office dan belajar membaca oleh petugas.

 RIDZUAN

RIDZUAN2

USAHAWAN (KAWASAN REAKREASI DAN AGROFARM)

Nama : Datuk Khairil Anuar bin Akhiruddin
Umur : 58 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Datuk Khairil Anuar merupakan ahli peniagaan yang berjaya dan dikenali ramai bukan sahaja di Batu Kurau bahkan hampir seluruh Malaysia mengenali beliau dengan sikap yang peramah dan mesra dengan sesiapa sahaja. Tambahan pula, bermula pada 10 Mac 2017, Disiniland dan Agrofarm yang diasaskan oleh beliau telah mula dikenali oleh seluruh Malaysia. Disiniland ini merupakan tempat reakreasi yang berkonsepkan suasana zoo mini dan penginapan yang lebih mesra kepada alam sekitar. Di sini, pengunjung boleh bermanja dengan haiwan-haiwan yang dipelihara seperti kuda, burung unta, burung merpati, ikan, dan lain-lain lagi di samping menyertai pelbagai aktiviti lasak yang telah disediakan untuk para pengunjung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, pihak Disiniland hanya mempromosi menggunakan medium facebook page sendiri iaitu Disiniland Agrofarm & Resort

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan pihak PI, Disiniland dipromosikan oleh pihak PI melalui MyShop dan juga diletakkan di dalam portal PI untuk kategori pelancongan.

 

Fb-Page

 

disiniland