Siapa sangka, anak muda pasangan suami isteri yang merupakan anak penduduk pekan Batu Kurau mengambil keputusan untuk terjun ke dalam dunia perniagaan. Di saat ekonomi negara kian merosot, pasangan muda ini yakin peluang perniagaan di dalam bidang kecantikkan mampu memberi peluang untuk mereka mencari pendapatan sampingan.

Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut mengenai perniagaan " House of Spa" yang diusahakan oleh pasangan muda ini, penulis ingin anda mengenali dua susuk tubuh anak muda yang begitu berbakat dalam bidang spa. Pasangan suami isteri Encik Aizad, 28 tahun dan Puan fauziah, 26 tahun memulakan perniagaan "House of Spa" mereka pada bulan Jun 2016 dan sehinggan kini perniagaan mereka baru berusia 6 bulan. Walaupun perniagaan yang diusahakan oleh mereka belum setahun jagung, namun pengalaman mereka cukup luas di dalam dunia spa.

Sebelum menjalankan perniagaan "House of Spa", mereka telah menjalankan perniagaan "Mobile Spa" sebelum terpaksa menghentikan perkhidmatan berkenaan dek kerana telah mempunyai seorang zuriat yang memerlukan perhatian yang lebih. Perniagaan "House of Spa" yang dijalankan kini dijalankan di teratak milik ibubapa Encik Aizad.

Alhamdulillah, rezeki tidak pernah salah alamat. Meskipun menjalankan perniagaan " House of Spa" di rumah, rezeki mereka sentiasa ada dari kalangan penduduk sekitar Batu Kurau dan ada juga diantara pelanggannya dari Bandar Taiping. Rezeki mereka bertambah apabila tiba musim perayaan dan cuti sekolah apabila ramai saudara mara masyarakat setempat pulang ke kampung halaman.

Encik Aizad menjadikan perniagaan spa ini sebagai aktiviti "part time" kerana beliau menjalanakan perniagaan membaikpulih "Air Cond" yang diusahakan sendiri di bengkel berhadapan rumahnya. Pasangan suami isteri ini menghadiri kursus selama 2 minggu di bawah kelolaan G Fari dan mempunyai sijil yang ditauliah oleh pihak yang diiktiraf.

Mereka kini giat mempromosikan perniagaan " House of Spa" melalui medium sosial seperti Facebook. Selain itu, mereka turut mengedarkan Flyers yang diletakkan di kedai-kedai sekitar pekan Batu Kurau. Bagi yang berminat ingin membuat temujanji atau melakukan perkhidmatan " House of Spa" boleh menghubungi mereka seperti di bawah:

 

Page: https://www.facebook.com/jiahh90/?fref=ts

No tel: 019-4511 545 ( Encik Aizad) & 013-5255 877 (Puan Fauziah)

Alamat: 1908, Belakang Sek Keb Toh Sajak, Batu Kurau

 

Pesakit sedang menjalani rawatan membuang resdung

 

 

Bilik rawatan untuk pesakit

 

Rawatan yang disediakan di "House of Spa"

 

Dek arus pemodenan semasa, wanita hari ini kian berani mengorak langkah melibatkan diri dalam pelbagai bidang dan mampu "berdiri sama tinggi duduk sama rendah" dengan golongan lelaki di luar sana. Perubahan positif ini menunjukkan wanita hari ini tidak lagi hanya menjadi suri rumah sepenuh masa namun mampu mencari punca pendapatan sendiri untuk menampung ekonomi keluarga.

"Serbuk Ice Blended Homemade" yang diusahakan oleh Puan Noridah binti Saidin, wanita berusia 52 tahun ini berasal dari Kampung Simpang Tiga Gudang berjaya menarik perhatian masyarakat kampung. Tika orang lain sibuk mencari peluang pekerjaan di kilang-kilang sekitar Kamunting, wanita kepada 5 cahaya mata ini mampu menghasilkan bisnes yang belum dikenali di hati penduduk setempat. Serbuk Ice Blended yang menggunakan resepi yang tersendiri berjaya memenuhi citarasa penduduk kampung yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Demi memenuhi permintaan pelanggan yang terdiri yang daripada peringkat umur, Puan Noridah atau mesra disapa Kak Tah mempelbagaikan perisa Ice Blendednya. 

Dengan harga yang mampu milik  bermula dari RM1.20 sehingga RM2.00 ice blended Kak Tah mempunyai rasanya yang tersendiri yang tidak dapat di tempat lain. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran apabila ingin memperkenalkan produknya, namun kini kesabarannya bermakna apabila kian dikenali di setiap kampung.

Pekan Batu Kurau kian dikenali dimerata tempat dek kebanggaan mereka iaitu buah durian yang menjadi simbolik atau mercu tanda di Pekan Batu Kurau. Jika di sebut nama Batu Kurau, sudah pasti terlintas di fikiran mereka Raja Durian yang begitu popular di kawasan itu. Namun kali ini, penulis ingin memperkenalkan perusahaan roti yang di semakin meningkat naik di pekan Batu Kurau iaitu Roti Gebu Cik Yam.

Sebelum kita mengulas tentang perusahaan roti ini, penulis ingin para membaca mengenali terlebih dahulu susuk tubuh gadis kecil molek yang berbakat besar dalam dunia perniagaan rotinya.

Nama Usahawan Muda:Ros Nurmariam binti Md Isa

Nama Produk: Membuat perniagaan roti secara kecil-kecilan

Kisah Penglibatan: Gadis berumur 24 tahun lebih mesra disapa mariam merupakan anak jati  Kampung Anak Kurau. Beliau merupakan bekas pelajar SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau sudah mula menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang masakan. Justeru, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mula menyambung pelajaran dalam bidang Kulinari di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Setelah menamatkan pelajaran dalam bidang tersebut, anak jati Batu Kurau ini mula meneruskan minatnya yang mendalam dalam dunia pastri dengan bekerja di sebuah bakeri yang baru dibuka di Pekan Batu Kurau. Hasil kesungguhannya dalam dunia pastri kian menampakkan hasil apabila mula mendapat tempat di hati penduduk setempat pekan Batu Kurau. Jika bantuan sewajarnya diberikan, tidak mustahil gadis muda berjiwa kental ni mampu meluaskan perniagaan rotinya di setiap pelosok negeri di Malaysia.

 

Gambar Produk:

 

                                                                              

 

 

 

                                                              

 

                                                                                                        

 

No telefon: 011-4077 2123

Nama Facebook: https://www.facebook.com/ros.nurmariam?fref=ts

Pengusaha madu lebah kelulut di Kampung Titi Kasai Tengah, di sini tekad untuk menembusi pasaran tempatan dengan mempelbagaikan lagi produk hiliran berasaskan madu itu. Bermodalkan RM5,000 pada awal perniagaannya, Haris Mohamad, 46 tahun yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan kini telah menternak lebah kelulut dengan jumlah melebihi 100 lebih sarang di sekitar kawasan rumahnya. Membesar di kawasan kampung, Haris menyatakan dirinya sudah biasa dengan lebah kelulut dan dia mengambil keputusan untuk menternaknya setelah melihat potensi madu kelulut yang sangat positif di pasaran tempatan.

“Madu kelulut ini mempunyai khasiat tiga kali ganda berbanding madu lebah-lebah yang lain.

“Kebanyakan orang melihat aktiviti penternakan lebah kelulut ini satu kerja yang senang, tetapi sekiranya tidak mempunyai ilmu tentang penjagaannya, ia akan menjadi satu tugas yang sukar,” ujarnya.

Haris menyatakan dia telah mengambil beberapa kursus untuk meningkatkan lagi produktiviti dan pengkormersilan madu kelulutnya bagi memastikan pengusahaannya terus melangkah ke hadapan.

“Saya mendapat kursus asas daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Petani Malaysia (MARDI) dan beberapa kurus untuk pemasaran dalam rangkaian internet, dan kursus-kursus ini sangat membantu bagin memajukan lagi pengusahaan saya.

“Selain itu, saya juga menambah jaringan persahabatan dengan penternak-penternak lebah kelulut bagi berkongsi ilmu,”ujarnya lagi.

Bermula pada tahun 2014, Haris telah menternak dua jenis lebah kelulut iaitu Itama dan Thoracica dan menanam pokok-pokok herba di sekitar kawasan rumahnya bagi mendapatkan madu yang lebih berkhasiat. Haris menjelaskan dia kini mula memfokuskan produk hiliran berasaskan lebah kelulut seperti sabun organik dan minyak terapi yang dihasilkan dirinya sendiri dan bercadang untuk memasarkannya pada masa akan datang. Jelasnya, sabun organik yang dihasilkan melalui kajian yang dilakukannya sendiri telah mempunyaI 500 respon positif daripada pengguna yang telah membelinya.

“Sarang lebah kelulut yang dipanggil propolis dan makanannya yang dipanggil bee bread mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia.

“Saya telah menghasilkan sabun berasaskan dua elemen ini dan memasarkannya di sekitar Batu Kurau hingga ke Sabah, maklum balas daripada pengguna amata menggalakan,” ujarnya.

Namun begitu, Haris menyatakan tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menciplak sabunnya membuatkan dia terpaksa memberhentikannya buat seketika bagi menyelesaikan urusan paten produk ini. Selain itu, Haris turut menyatakan madu-madu kelulut yang dikumpulnya terus dibotolkan tanpa dicampur dengan bahan-bahan lain bagi memastikan keaslian dan kualiti madu itu terjamin.

“Saya akan mengumpul madu ini menggunakan satu mesin khas dan kemudian ianya akan terus dibotolkan tanpa dicampur bahan-bahan yang lain kerana ianya akan menghilangkan khasiat madu itu.

“Rakan-rakan saya di Kuala Lumpur adalah pelanggan tetap saya kerana mereka tahu keaslian madu yang saya pasarkan dan kalau ada orang nak beli madu ini kena datang ke sini atau saya sendiri hantar kepada meraka,” ujarnya.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga menyatakan penghasilan madu lebah kelulut ini agak kurang memberangsangkan kerana faktor cuaca yang sering hujan sekarang.

“Untuk mendapatkan madu yang banyak, lebah kelulut ini perlukan bunga yang sangat banyak.

“Memandangkan bulan ini sering hujan, jadi penghasilan madu agak kurang memberangsangkan kerana lebah kelulut kurang aktif kalau hujan, jadi saya akan mengambil madu daripada rakan penternak yang lain bagi menampung permintaan pembeli,” ujarnya.

Tambahnya, dia kini sedang bersiap sedia untuk bersaing dengan produk-produk kesihatan yang lain dan yakin produknya akan berjaya menembusi pasaran tempatan pada masa akan datang.

 

 

SUMBER PERAK TODAY