Tarikh            : 31 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Sebenarnya.My merupakan portal rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertujuan untuk menjadi rujukan rakyat di Malaysia untuk mengenal pasti mengenai kesahihan sesuatu berita sebelum dikongsikan atau disebarkan. Oleh kerana itu, petugas di Pusat Internet Batu Kurau mengambil inisiatif untuk memperkenalkan portal tersebut untuk membantu masyarakat sekeliling lebih peka dengan kesahihan sesuatu berita.

Aktiviti

Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai portal Sebenarnya.My serta mengajar peserta cara untuk menggunakan portal tersebut untuk mencari atau menyalurkan maklumat yang sahih kepada pihak MCMC.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 30 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 6 orang

 

 

Tujuan  

Kelas 'Pixel Art' merupakan seni digital untuk menyunting imej pada tahap pixel dengan menggunakan software. Kali ini, pelajar diajar asas untuk membuat pixel art dengan menggunakan Microsoft Excel.

Aktiviti

Setiap peserta diberikan sedikit penerangan dan ditunjukkan cara-cara untuk membuat pixel art dengan menggunakan Microsoft Excel. Selepas itu, pelajar perlu mencari gambar yang diminati dan mereka dikehendaki menyiapkan pixel art masing-masing seperti apa yang ditujukkan oleh petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 20 Oktober 2018

Masa              : 10.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Talk KDB ini adalah merupakan antara program yang wajib diadakan di setiap Pusat Internet di bawah anjuran MCMC di seluruh Malaysia bagi memperjelaskan permasalahan mengenai pelbagai bentuk isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan internet dan alam siber.

Aktiviti

Petugas memperjelaskan tentang isu 'maklumat palsu' yang kini menjadi antara isu berat yang sering timbul dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 21 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 8 orang

 

 

Tujuan  

Maklumat palsu merupakan isu semasa yang perlu dititik berat oleh setiap lapisan masyarakat kerana ia akan menjadi isu yang besar jika tidak dibendung dari awal. Aktiviti kahoot KDB ini dijalankan bagi menguji tahap kefahaman setiap peserta mengenai isu ini.

Aktiviti

Setiap peserta perlu membuka laman web Kahoot.com dan memasukkan id yang diberikan oleh petugas. Kemudian, mereka perlu menjawab setiap soalan yang terpapar pada skrin.

 

Gambar di sini

Tarikh            : 14 Oktober 2018

Masa              : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi            : Pusat Internet Malaysia Batu Kurau

Peserta          : 5 orang

 

 

Tujuan  

Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai Tahun 4. Bagi memenuhi silibus sejarah di peringkat sekolah rendah, kerja kursus diberikan kepada pelajar Tahun 6 bagi menguji pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. Oleh itu, petugas Pusat Internet Malaysia Batu Kurau mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar dengan mengajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk membuat kerja kursus tersebut.

Aktiviti

Para pelajar mencari bahan di dalam internet mengenai mantan Perdana Menteri Malaysia dan menampal maklumat yang mereka jumpa di dalam kertas folio masing-masing.

 

Gambar di sini